Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
36) GELANGGANG FUTSAL BELIA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan dun sentosa mengikut pecahan taman
Jumlah gelanggang futsal di kawasan DUN Sentosa mengikut pecahan taman adalah seperti berikut:
Bil.
Lokasi
Keluasan Tanah Futsal Kawasan Pagar 1. Lipat Kajang, Taman Sri Andalas 3166
Hektar
5000 KP
5936 KP
2. Jalan Seri Sedeli 3, Taman Sri Andalas 4901 MP
5000 KP
7072 kp
3.
Jalan Dato Dagang 17A, Taman Sentosa 1694.6 MP
5796 KP
7314 KP
4. Lorong Seri Sarawak 22, Padang Rakan Muda Andalas, Klang Plot A 1,047.259 MP 0.26 EK 4018 KP
5428 KP
5. Taman Rakyat 2, Taman Sri Andalas 337,041 MP Keseluruhan 8944 KP
45472 KP
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukkan bagi pembinaan gelanggang tersebut ?
Kerajaan Negeri amat menitikberatkan aspek pembangunan sukan dan sangat prihatin terhadap keperluan kemudahan sukan di Negeri Selangor. Justeru itu, penyediaan kemudahan sukan untuk menggalakkan penglibatan generasi muda dalam aktiviti-aktiviti kesukanan tidak pernah diabaikan.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM40,000.00 kepada setiap Dewan Negeri bagi Projek Membaikpulih dan Membina Baru Infrastruktur Sukan dengan jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM2,240,000.00. Untuk makluman, keperluan pembaikan kemudahan sukan di peringkat Dewan Negeri adalah bagi memastikan kemudahan sukan yang telah rosak dapat dinaiktaraf untuk digunakan oleh masyarakat setempat. Kemudahan ini boleh digunakan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kesukanan dan riadah bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan berdaya saing. Pemilihan untuk kelulusan projek ini adalah mengikut tahap kerosakan yang terdapat pada kemudahan tersebut. Untuk itu, pejabat Ahli Dewan Negeri boleh mengemukakan permohonan untuk projek menaiktaraf atau baikpulih kemudahan sukan yang terdapat di kawasan masing-masing kepada Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) untuk diangkat ke Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda Dan Sukan.
-
Sila pecahkan peruntukkan Persekutuan dan Negeri bagi gelanggang futsal
Untuk makluman, setakat ini, tiada peruntukan diterima daripada Persekutuan bagi membaikpulih gelanggang futsal di DUN Sentosa. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bagi tujuan ini sebagaimana jadual berikut :-
BIL PROJEK PERUNTUKAN ( RM) TAHUN 1. Kerja-kerja Membaikpulih Gelanggang Futsal di Jalan Dato’ Yusof Shahbudin 7, Taman Sentosa 19,760.00 2015 2. Kerja-kerja Membaikpulih Gelanggang Futsal di Jalan Dato’ Yusof Shahbudin 11, Taman Sentosa 19,839.00 2015 3. Kerja-kerja Menaiktaraf dan Membaikpulih Gelanggang Badminton/Sepak Takraw di Jalan Tanjung, Klang 20,000.00 2020