Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

33) ISU PENJAJA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan MPK untuk menyelesaikan masalah penjaja tanpa lesen yang semakin banyak untuk memberikan tapak usahawan ?

    Pihak Majlis bersikap proaktif dalam membantu para peniaga/ penjaja tanpa lesen di kawasan pentadbiran Majlis antaranya ialah mempermudahkan urusan permohonan lesen penjaja, menyediakan tapak-tapak sementara penjaja yang membolehkan peniaga/ penjaja untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Sehingga kini, terdapat sebanyak 28 buah lokasi tapak penjaja 3P (Program Penyusunan Penjaja) dan tapak Covid-19 sebanyak 26 lokasi yang disediakan oleh pihak Majlis bagi membantu golongan ini yang melibatkan sebanyak 342 jumlah penjaja.

  2. Apakah status perancangan kerajaan Negeri bagi membina Pasar Awam di DUN Sentosa ?

    Setakat ini, pihak Majlis tiada perancangan untuk membina pasar awam di Dun Sentosa. Berdasarkan semakan yang telah dilakukan tiada terdapat rezab pasar awam di kawasan taman/ DUN Sentosa. Perkara ini juga telah dibincangkan bersama dengan Pejabat Tanah dan Daerah.

     

    Walaubagaimanapun, sehingga kini terdapat beberapa buah pasaraya besar seperti NSK Sentosa, Econsave dan Econmart di kawasan Sentosa bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.