Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

32) BANJIR KILAT KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka masa panjang untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Taman Sentosa dan Bandar Botanik sejak akhir-akhir ini?

    Majlis Perbandaran Klang telah melantik kontraktor untuk kerja menaiktaraf sistem perparitan di Jalan Hulubalang 27, Taman Sentosa yang menghubungkan perparitan kawasan banjir di sekitar Jalan Laksamana 10 dan kawasan Jalan Hulubalang 10.

    Tempoh pelaksanaan kerja adalah bermula pada 19.11.2021 sehingga 30.6.2022. Selain itu, pada tahun 2022 pihak Majlis akan melantik juruperunding bagi melaksanakan kajian tebatan banjir di kawasan selanjutnya. Bagi menangani isu banjir di kawasan Bandar Botanik, pihak Majlis akan melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf perparitan pada tahun 2022

  2. Huraikan sebab-sebab banjir kilat berlaku di kawasan Taman Sentosa dan Bandar Botanik.

    Punca berlakunya kejadian banjir kilat di kawasan Sentosa boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

     

    1. Terdapat halangan di dalam longkang/ parit yang mengganggu kelancaran aliran air ketika waktu hujan;
    2. Sistem perparitan dan saliran lama yang tidak dapat menampung aliran air berbanding dengan taburan hujan turun yang tinggi pada masa kini (sehingga 160mm);
    3. Ketika hujan lebat air daripada Taman Sentosa dan Bandar Botanik tidak dapat mengalir dengan lancar sekiranya dalam waktu yang sama paras air Sungai Aur tinggi/telah penuh (kunci air di Sungai Aur ditutup- air tidak dapat dikeluarkan ke laut dengan lancer) yang mana perancangan Sungai Aur adalah dibawah bidang kuasa pihak JPS.
  3. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan sumbangan bencana banjir / kebakaran kepada mangsa?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kadar bantuan kepada mangsa bencana melalui Akaun Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor adalah selaras dengan Penubuhan dan Arahan Akaun Amanah di bawah Seksyen 9, Tabung Bencana Khas Negeri Selangor.

    Selain itu juga, beberapa agensi lain turut memberikan bantuan kepada mangsa tertakluk kepada jenis dan kompleksiti bencana yang berlaku dengan kadar seperti berikut:

    BIL. AGENSI KADAR BANTUAN
    1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maksimum RM5,000.00

    (rumah musnah akibat bencana)

    2. Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Minimum RM300.00

    Maksimum RM1,000.00

    (melibatkan kematian termasuk barangan keperluan (hanya untuk mangsa beragama Islam)

    3 Lembaga Zakat Selangor (LZS) Banjir (minimum RM100.00)

    Ribut/ Tanah Runtuh (RM300.00)

    Kebakaran (RM500.00)

    Maksimum RM5,000.00 (rumah musnah akibat bencana)

    4. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) RM200.00 (untuk seorang anak yang berdaftar dengan TAWAS)

Lampiran

Tiada Lampiran.