Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

26) KESESAKAN LALU LINTAS JALAN WELMAN RAWANG

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan sebab masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Welman, Rawang.

    Jalan Welman, Rawang adalah kawasan pekan Rawang yang menjadi tumpuan penduduk sekitarnya di sebabkan kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut seperti stesen minyak, pasar raya dan kemudahan bank. Namun begitu, kemudahan tempat letak kereta adalah terhad menjadikan pengguna cenderung untuk meletakkan kenderaan secara haram.

    Hal itu telah menyebabkan laluan menjadi sempit dan pertambahan kenderaan yang tidak terkawal dikenal pasti sebagai penyumbang utama punca kesesakan lalu lintas.

  2. Apakah rancangan kerajaan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Welman, Rawang?

    Pihak JKR Selangor akan melaksanakan kajian awalan dan seterusnya Kajian Trafik. Sekiranya ada keperluan mendesak untuk menaiktaraf jalan ini, pihak JKR Selangor akan memohon pelaksanaan projek kepada pihak UPEN Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.