Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

24) PROGRAM BANTUAN SEKOLAH SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan sekolah yang menerima peruntukan bawah Program Bantuan Sekolah Selangor pada tahun 2021.

    Bagi tahun 2021 sekolah yang menerima peruntukan di bawah Program Bantuan Sekolah terdiri daripada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri membantu Sekolah Kebangsaaan yang menghadapi masalah kerosakan infrastruktur?

    Kerajaan Negeri pada masa ini boleh mempertimbangkan bantuan kepada Sekolah Kebangsaan yang mengalami masalah infrastruktur disebabkan oleh bencana alam, kebakaran dan pelbagai sebab akibat kecemasan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.