Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

18) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan dari tahun 2018 sehingga kini mengikut DUN?

    Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah terbuka kepada seluruh rakyat di negeri Selangor tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan. Permohonan di bawah program ini tidak dipecajkan mengikut DUN, jumlah kelulusan bantuan rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin sejak tahun 2018 sehingga kini adalah sebanyak 221 permohonan yang melibatkan 9 daerah merangkumi bantuan bina baru rumah dan bantuan baikpulih rumah. Setiap permohonan akan disaring dan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin. Senarai permohonan yang telah menerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2018 sehingga kini mengikut pecahan daerah adalah seperti di Lampiran.

  2. Berapakah jumlah rumah kerajaan prihatin yang kerajaan mampu untuk membina dan membaikpulih setiap tahun?

    Di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 juta setiap tahun bagi membiayai kelulusan merangkumi bina baru dan baikpulih rumah. Secara puratanya, berdasarkan peruntukan tahunan tersebut, Kerajaan Negeri dapat membantu seramai 36 keluarga merangkumi sembilan (9) daerah dengan pecahan setiap daerah 1 bina baru dan 3 baikpulih. Walau bagaimanapun, memandangkan jumlah keseluruhan permohonan yang diterima dan dikenalpasti layak adalah melebihi peruntukan tahun semasa, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dengan memohon sumbangan peruntukan tambahan daripada Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Berikut adalah Anak – anak Syarikat Kerajaan Negeri yang telah pernah memberi sumbangan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin:

     

    BIL. ANAK SYARIKAT
    1. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
    2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    3. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
    4. Lembaga Zakat Selangor (LZS)
    5. Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)

     

    Sumbangan peruntukan oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri tersebut adalah disalurkan ke dalam Akaun Amanah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi membiayai pelaksanaan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin sekiranya kelulusan permohonan setiap daerah melebihi kuota peruntukan pembangunan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan menambahbaik skop pemberian bantuan di bawah program ini dari semasa ke semasa agar bantuan dapat disalur kepada lebih ramai keluarga berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan.

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan dari tahun 2018 sehingga kini?

    Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dari tahun 2018 sehingga kini di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin merangkumi kelulusan sembilan (9) buah daerah adalah seperti pecahan berikut:

     

    PERUNTUKAN PERBELANJAAN (RM)
    BINA BARU BAIKPULIH
    Tahun 2018 500,000.00 680,000.00
    Tahun 2019 650,000.00 860,000.00
    Tahun 2020 149,900.00 214,819.35
    Tahun 2021 850,000.00 663,332.00
    JUMLAH PERBELANJAAN 1,649,900.00 1,738,151.35

Lampiran

Tiada Lampiran.