Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
17) INSENTIF GENERASI MUDA SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan yang telah lulus dan gagal bagi tahun 2020 sehingga 2021?
Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) merupakan satu program yang dilaksanakan khas bagi pasangan belia di Negeri Selangor. Selain daripada memberi dana yang berbentuk Baucer Cenderahati Premium BSN (BCP) sebanyak RM300 Kerajaan Negeri Selangor juga turut komited dengan memberikan penekanan terhadap kursus pengurusan kewangan keluarga. Ianya juga merupakan salah satu langkah untuk membendung kadar kes penceraian yang agak membimbangkan di Negeri Selangor ini.
Jumlah permohonan yang telah LULUS bagi tahun 2020 sehingga 2021 adalah sebanyak 1,168.
Manakala bagi permohonan yang GAGAL adalah sebanyak 1,954.
-
Berapakah sasaran permohonan yang telah disasarkan oleh Kerajaan Negeri?
Sebagai projek perintis, Kerajaan Negeri Selangor telah menganggarkan sebanyak 1,500 permohonan yang akan berdaftar dibawah Program iGems dengan permulaan 300 permohonan bagi tahun 2019 dan 1,200 permohonan bagi tahun 2020.
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri bagi memastikan Insentif ini berjalan dengan lancar walaupun semasa Pandemik COVID-19?
Lanjutan daripada penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan sejak bulan Mac 2020, YAWAS telah mengemukakan beberapa cadangan melalui Permohonan Peruntukan Cadangan Pindaan Perlaksanaan Program Insentif Generasi Muda Selangor kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor untuk mengadakan kursus dengan kerjasama LPPKN secara atas talian (online).
Walaubagaimanapun, atas beberapa faktor dan kekangan, pihak YAWAS perlu menangguhkan kursus dan menyerahkan Baucer Cenderahati Premium BSN (BCP) kepada ahli yang lulus.