Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

16) SKIM KESIHATAN WANITA (MAMMOSEL)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan bagi program tersebut pada tahun 2020 sehingga kini?

    Bermula dari tahun 2020 jumlah peruntukan Program Skim Kesihatan Wanita Selangor yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM208,517.75 merujuk kepada jumlah peserta seramai 1,339 orang. Pecahan mengikut tahun adalah seperti berikut:

    TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN (RM) JUMLAH PESERTA
    2020 179,943.70 1,165
    2021 28,574.05 174
    JUMLAH 208,517.75 1,339
  2. Adakah Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk melantik Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) bagi menguruskan Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL)?

    Inisiatif penubuhan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) oleh Kerajaan Negeri adalah bertujuan memastikan rakyat negeri Selangor sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat di samping membantu program berkaitan kesihatan awam di negeri Selangor. Penubuhan SUKA juga membantu dalam memberi hebahan program dan inisiatif berkaitan kesihatan awam oleh Kerajaan Negeri, termasuklah program Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL). Walau bagaimanapun, cadangan bagi ahli SUKA menguruskan MammoSEL memerlukan perbincangan yang lebih lanjut memandangkan pengurusan program MammoSEL memerlukan individu yang berpengalaman mengendalikan program tersebut

Lampiran

Tiada Lampiran.