Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

14) PROGRAM I-SEED

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan I-Seed yang telah diluluskan mengikut DUN?

    Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development atau lebih dikenali sebagai i-SEED adalah program yang memberi fokus dalam membantu masyarakat India di Negeri Selangor yang tergolong dalam kumpulan B40. Program bantuan yang telah dirancang juga dilaksanakan mengikut daerah di mana borang dihantar melalui Pejabat Daerah/ Tanah dan unit i-SEED untuk diproses dan disiasat sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan. Tambahan lagi, Pejabat Daerah/ Tanah juga berperanan dalam menjalankan perolehan bagi pembelian mesin/ peralatan yang telah diluluskan. Sehubungan itu, tiada perincian data penerima mengikut ADUN kerana program ini adalah berdasarkan jumlah permohonan yang diterima oleh Pejabat Daerah/ Tanah dan unit i-SEED. Berdasarkan rekod, jumlah penerima manfaat yang diluluskan di daerah Klang adalah yang tertinggi iaitu seramai 63 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM281,870.00

  2. Apakah jenis-jenis perniagaan yang diusahakan oleh pemohon?

    Perincian jenis-jenis perniagaan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan sehingga kini?

    Jumlah peruntukan yang telah digunakan sehingga kini adalah sebanyak RM1,146,070.00 (Satu Juta, Satu Ratus Empat Puluh Enam Ribu, Tujuh Puluh Ringgit) dan jumlah penerima manfaat yang telah diluluskan adalah seramai 254 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.