Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

9) COVID 19 DIKALANGAN PENJAWAT AWAM SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penjawat awam yang positif COVID-19 setakat ini?

  2. Berapa ramai penjawat awam yang meninggal dunia akibat COVID-19?

  3. Apakah tindakan yang diambil Kerajaan Negeri kepada penjawat awam yang enggan divaksin?

    Soalan ini dijawab bersekali dengan Soalan Mulut Bilangan 6(7)(b).

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 38/2021 bertarikh 10 November 2021 bersetuju untuk memanjangkan pemakaian Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 – Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

    1. Merujuk kepada Para 10 dan 11, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2021:

    “10.     Pada atau selepas 1 November 2021-

    1. Pegawai boleh diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap dengan cara mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19; dan
    1. mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan Ketua Jabatan boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan”.

     

    1. Sekiranya pegawai-
    1. tidak dapat melengkapkan dos imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan, pegawai boleh diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan berdaftar bagi mengesahkan bahawa pegawai tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19 dari segi perubatan
      (medically ineligible);
    1. telah mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar bahawa pegawai tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan, pegawai boleh diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk membuat ujian pengesanan COVID-19.”

    iii.  Dalam hal ini, penjawat awam yang didapati gagal dalam mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap tanpa sebarang alasan yang kukuh boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.

     

    1. Bagi penjawat awam yang didapati bersalah, Lembaga Tatatertib boleh menjatuhkan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman sepertimana yang termaktub di dalam Peraturan Tatatertib di Jabatan/ Agensi masing-masing seperti berikut:

    (a) amaran

    (b) denda

    (c) lucut hak emolumen

    (d) tangguh pergerakan gaji

    (e) turun gaji

    (f) turun pangkat

    (g) buang kerja

Lampiran

Tiada Lampiran.