Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
6) REBAT PENGANGKUTAN VAKSIN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauhmanakah keberkesanan program rebat pengangkutan vaksin?
Program rebat pengangkutan vaksin ini telah bermula dari 20 Jun 2021 dan akan berakhir pada 30 November 2021. Sehingga 20 Oktober 2021, program ini telah menerima lebih daripada 14 ribu permohonan. Jumlah ini memberi gambaran bahawa program yang pada asalnya hanya untuk golongan berusia 50 tahun ke atas sahaja telah mendapat permintaan dari semua peringkat umur yang lebih ketara, sekali gus mempercepatkan proses vaksinasi di Negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah penyertaan yang diterima dalam program Rebat pengangkutan vaksin?
Jumlah penyertaan yang diterima untuk Inisiatif Rebat Pengangkutan Grab bagi Pengambilan Vaksin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehingga Oktober 2021 adalah seramai 14,375 orang.
-
Berapakah permohonan yang diluluskan dalam program ini?
Jumlah permohonan yang diluluskan untuk Inisiatif Rebat Pengangkutan Grab bagi Pengambilan Vaksin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehingga Oktober 2021 adalah seramai 10,678 orang.