Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

200) TELEFON PINTAR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengedarkan telefon pintar kepada pelajar yang mempunyai ibubapa golongan B40?

    Kerajaan Negeri Selangor buat masa ini tidak berhasrat untuk mengedarkan bantuan dalam bentuk telefon pintar kepada ibu bapa golongan B40. Namun begitu bantuan kepada keluarga b40 telah banyak diagihkan dalam bentuk lain seperti manfaat buku modul pembelajaran melalui program tuisyen rakyat selangor, program data internet selangor dan bantuan dalam bentuk kelas tuisyen dan guru bimbingan melalui program tuisyen rakyat selangor.

  2. Jika ada berhasrat memperluaskan program, berapa anggaran kos peruntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Buat masa ini tiada sebarang peruntukan disediakan untuk program agihan dalam bentuk telefon pintar kepada pelajar yang berasal daripada keluarga B40.

Lampiran

Tiada Lampiran.