Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

181) PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan PPV di Negeri Selangor?

    Jumlah keseluruhan bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Negeri Selangor

    Operator Kesihatan

    1. JKNS – 64
    2. PHCorp – 403

    Jumlah – 467

  2. Negeri Selangor mempunyai kes tertinggi di Malaysia bagi kes positif COVID-19, berapakah jumlah rakyat Negeri Selangor yang sudah divaksin dan masih belum divaksin?

    Sehingga 4 Ogos 2021 jumlah rakyat Negeri Selangor yang telah disuntik dos 1 ialah 3,379,916 (71.16%) daripada anggaran populasi 18 tahun ke atas iaitu 4,749,429

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam mempercepatkan tahap Herd Immunity dan meningkatkan peratusan jumlah pemberian vaksin harian bagi rakyat Negeri Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.