Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
172) PENJUALAN ASET KERAJAAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua aset Kerajaan Negeri yang telah dijual dari 2020 hingga kini dan faktor-faktornya.
Berdasarkan rekod, aset-aset yang tealh dijual dari tahun 2020 hingga 31 Julai 2021 adalah aset alih kategori kenderaan, pam-pam bergerak, kelengkapan pejabat yang mencapai had usia guna dan tidak lagi ekonomik untuk diselenggara. Manakala aset seperti haiwan ternakan seperti lembu Local Indian Diary (LID) dijual apabila mencapai usia matang. Hasil dari penjualan ini telah dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan Negeri.
Nilai aset-aset adalah seperti berikut:-
Jadual 1: Aset Kerajaan Negeri Yang Telah Dijual (2020-31 Julai 2021)
-
Berapakah jumlah pendapatan dari hasil jualan dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan?
Jawapan sama seperti di atas (a)