Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

165) PAKEJ KITA SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan secara langsung kepada rakyat melalui keseluruhan Pakej Kita Selangor dan berapakah jumlah warga Selangor yang telah menerima manfaat?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mempertingkat usaha dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kebajikan rakyat dan kelangsungan ekonomi semua lapisan penduduk Negeri Selangor ketika mendepani cabaran kesan penularan pandemik Covid-19. Selain itu juga, Kerajaan Negeri serius dan terus proaktif untuk mengambil tindakan kawalan kesihatan untuk mengekang peningkatan kes Covid-19 di kalangan penduduk di Negeri Selangor. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah mengumumkan bantuan kepada golongan penduduk yang terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) melalui pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang dikenali sebagai Pakej Kita Selangor.

     

    Pakej Kita Selangor ini telah diumumkan sebanyak 2 kali iaitu Pakej Kita Selangor 1.0 pada 20 januari lalu yang melibatkan 20 inisiatif dan memberi implikasi kewangan berjumlah RM75.87 juta. Manakala Pakej Kita Selangor 2.0 pula diumumkan pada 9 jun yang lalu yang melibatkan 26 inisiatif yang memberi implikasi kewangan berjumlah RM551.56 juta. Ini menjadikan secara keseluruhan Pakej Kita Selangor pada tahun ini telah memberi implikasi kewangan berjumlah RM627.43 juta. Dari jumlah ini, sebanyak RM278.34 juta bersamaan 44.36% telah dibelanjakan sehingga 16 Ogos 2021 dan telah memberi manfaat kepada 871,837 orang. Perincian perbelanjaan yang yang diperuntukkan dan dibelanjakan dalam Pakej Kita Selangor 1.0 adalah seperti di LAMPIRAN A. Manakala prestasi perbelanjaan Pakej Kita Selangor 2.0 adalah seperti di LAMPIRAN B.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.