Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
157) MAMMOSEL
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status program Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL)?
Bermula tahun 2010 sehingga kini, program Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) yang dahulunya dikenali dengan nama program MammoSEL masih diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan catatan jumlah penerima manfaat seramai 53,358 orang yang telah menerima rawatan pemeriksaan mammogram secara percuma di 12 buah panel hospital. Berikut merupakan laporan penerima manfaat program SKWS berdasarkan kaum bermula tahun 2010 sehingga 31 Julai 2021 :
-
Senaraikan manfaat yang diterima mengikut DUN dari tahun 2015.
Manfaat yang diterima melalui program SKWS ini adalah berupa pemeriksaan mammogram, ultrasound dan biopsi percuma yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dengan jumlah penerima manfaat mengikut DUN bermula dari tahun 2015 sehingga 31 Julai 2021 seperti berikut :