Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
148) APAKAH STATUS PROJEK PERUMAHAN PKNS DI KAMPUNG SUNGAI SIREH (SELAT KLANG)?
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Selain itu pembinaan masjid di kawasan tersebut di mana dan sekarang mempunyai surau yang berstatus masjid untuk solat jumaat tidak mampu untuk menampung kepadatan penduduk?
Penyediaan tapak masjid di kawasan tersebut telah disediakan oleh PKNS di dalam pelan perancangan keseluruhan kawasan. Tapak masjid telah diluluskan oleh MMKN sepertimana surat daripada Pejabat Daerah/Tanah Klang bertarikh 17 September 2019 kepada PKNS mengenai “Kelulusan Permohonan Pelupusan Secara Pemberimilikan Tanah Kerajaan Di Bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 Ke Atas Lot 24475 di Kg Sungai Sireh, Seksyen 21, Bandar Port Swettenham Daerah Klang Bagi Tujuan Bangunan Kediaman” memaklumkan seperti berikut:
Petikan dalam surat kelulusan:
Perkara 6. Tanah Kerajaan seluas lebih kurang 2.38 ekar yang telah diperuntukkan bagi kegunaan tapak masjid akan diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai tapak masjid yang dikawal oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan diselenggara oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Proses pewartaan tapak masjid tersebut diuruskan oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang.