Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
147) APAKAH STATUS PENJUALAN TANAH PADANG GOLF MILIK PKNS DI TANJUNG HARAPAN?
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mendapat maklum tempat tersebut menjadi satu kawasan yang terbiar dan tidak terurus.
Tapak Kelab Golf Pelabuhan Klang milik PKNS di Tanjung Harapan mempunyai keluasan seluas 164 ekar. PKNS telah memajakkan keseluruhan tapak tersebut kepada syarikat Port Klang Golf Resort Sdn. Bhd. (PKGR) selama 30 tahun dan telah berakhir pada 08 Jun 2018.
PKNS tidak meluluskan permohonan sambungan pajakan kerana PKGR telah gagal mematuhi terma perjanjian pajakan malahan gagal menjaga tapak/premis tersebut dengan keadaan baik.
PKNS pada dasarnya telah mempunyai beberapa perancangan pembangunan di atas tapak tersebut pada masa akan dating. Walau bagaimanapun, perancangan tersebut belum boleh diteruskan kerana pihak PKGR telah memfailkan Writ Saman pada 01 Jun 2018 dan Perintah Injunksi menghalang PKNS daripada memasuki sebarang transaksi atau melakukan apa-apa urusan termasuk rundingan, urusniaga mahupun jual beli di atas tapak tersebut sehingga kes mahkamah selesai.
Pada masa ini prosiding kes di mahkamah beberapa kali tertangguh. Sehubungan itu, PKNS adalah dihalang untuk melaksanakan sebarang perancangan dan pembangunan sehingga kes mahkamah diputuskan.