Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
128) PEMBAIKAN KEMUDAHAN SUKAN DI DUN MERU
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan pembaikan infrastruktur kemudahan sukan di gelanggang futsal Kampung Budiman?
Pejabat Daerah/Tanah Klang telah menjalankan siasatan dan mendapati padang futsal yang dimaksudkan berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah/Tanah Petaling. Pemakluman dan penyerahan telah dibuat kepada Pejabat Daerah/Tanah Petaling. Walau bagaimanapun, Pejabat Daerah/Tanah Petaling telah memohon agar kerja-kerja pembaikan tersebut ditangguhkan untuk dilaksanakan pada tahun 2021.