Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

113) MASALAH BARU MENCAPAI IMUNITI KELOMPOK

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Peningkatan peratus imuniti kelompok (80%) boleh berlaku disebabkan tidak cukup efikasi vaksin yang digunakan dan terdapat varian yang lebih kuat. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menghadapinya?

    Antara langkah-langkah yang diambil bagi mempercepatkan pencapaian peratus imuniti kelompok adalah:

    1. Membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) .
    2. Menambah bilangan suntikan harian di PPV.
    3. Melaksanakan program vaksinasi secara outreach bagi pesakit terlantar/OKU di rumah, di institusi-institusi warga emas/OKU dan perkampungan orang asli di negeri Selangor dengan kerjasama pelbagai agensi seperti NGO dan JAKOA.
    4. Pasukan mobil secara outreach oleh PKD bagi menjalankan vaksinasi di kawasan PKPD dan lokaliti yang dikenalpasti penduduknya tidak mempunyai akses kepada sistem MySejahtera atau akses kepada PPV.
    5. Pemberian vaksinasi bagi bukan warganegara juga diberikan melalui pemberian imunisasi di bawah PPV Industri/ PIKAS mengikut syarikat yang berdaftar di bawah program tersebut.
    6. Bermula 2 Ogos 2021, aktiviti pemberian imunisasi secara walk in telah dimulakan bagi warga emas, dan individu yang tercicir dan masih belum mendapatkan vaksinasi di PPV terpilih di Negeri Selangor.

    Promosi kesihatan bagi menggalakkan penerimaan vaksin COVID-19 di kalangan orang awam juga diteruskan selain aktiviti-aktiviti mengingkatkan tahap kesedaran dan kepatuhan rakyat terhadap SOP dan mengaplikasikan norma baharu.

Lampiran

Tiada Lampiran.