Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

101) MESYUARAT BERKENAAN PJD LINK

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila butirkan semua mesyuarat di Majlis Bandaraya Petaling Jaya berkenaan projek PJ Dispersal Link (PJD Link).

    Mesyuarat berkaitan cadangan jajaran lebuhraya PJDLink bersama Jabatan Teknikal Majlis telah diadakan pada 17 November 2020 di mana pihak PJD Link telah membentangkan cadangan jajaran laluan. Di mesyuarat tersebut pihak pemaju ini telah mengemukakan beberapa alternatif cadangan, walau bagaimanapun Majlis juga telah mengemukakan pandangan awal untuk dikaji oleh pihak pemaju tersebut.

    Pihak PJDLink juga memaklumkan tindakan mendapatkan pandangan daripada penduduk penduduk sekitar yang berkenaan jajaran-jajaran tersebut perlu dilaksanakan sebagai salah satu penilaian awal.

    Pada 26-29 Julai 2021, satu Bengkel ‘Cadangan Penswastaan Projek Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) – Pelaksanaan makmal Pengurusan Nilai secara online oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, dan turut dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kerja Raya Malaysia ( KKR), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta ( JPPH), Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTG), Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN), Pejabat Tanah Petaling dan lain-lain agensi kerajaan. dalam bengkel tersebut, Majlis telah mencadangkan Tetuan PJDLink mengemukakan cadangan terperinci kepada pihak Majlis.

  2. Apakah kelulusan dan syarat yang telah dicadangkan oleh MBPJ kepada projek ini?

    Status terkini tiada sebarang kelulusan dikeluarkan oleh MBPJ.

Lampiran

Tiada Lampiran.