Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
89) RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) UNTUK PEMBANGUNAN PULAU CAREY DI KUALA LANGAT
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah terdapat rancangan dan status terkini untuk mewartakan satu Rancangan Kawasan Khas (RKK) untuk pembangunan Pulau Carey di Kuala Langat oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor serta Majlis Perbandaran Kuala Langat?
Berdasarkan semakan Peruntukan Pembangunan RMKe-12 Negeri Selangor dan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, didapati masih belum terdapat sebarang perancangan bagi penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) untuk pembangunan Pulau Carey di Kuala Langat oleh PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) mahupun di pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat.
Namun, PLANMalaysia@Selangor sentiasa peka dengan isu-isu perancangan dan pembangunan yang sedang berlaku di Pulau Carey iaitu keperluan tambakan laut dan potensi pembangunan pelabuhan di kawasan persisiran pantai. Oleh yang demikian, PLANMalaysia@Selangor akan memberi perhatian kepada senario yang berlaku ini dan akan mendapatkan peruntukan pelaksanaan RKK Pulau Carey bagi memastikan perancangan keseluruhan kawasan Pulau Carey dapat diseimbangkan di antara pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan menjaga kelestarian alam sekitar.
Maklumat Tambahan (jika perlu)
Untuk makluman YB Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 telah mengenal pasti Pulau Carey sebagai produk pelancongan kebudayaan dan warisan.