Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

86) HOTEL IMPIAN MORIB DAN KELAB GOLF SRI MORIB

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah status dan sejarah Hotel Impian Morib dan Kelab Golf Sri Morib di Morib kerana ianya merupakan sebuah projek usahasama yang melibatkan sebuah GLC Selangor?

    Hotel Impian Morib pada sejarahnya adalah dimiliki oleh Seriemas Resort Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama yg ditubuhkan secara usahasama diantara GLC Selangor iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan GLC Kerajaan Persekutuan iaitu Seriemas Development Sdn Bhd. (anak syarikat PNB Development Sdn. Bhd.)

    Pada masa kini Hotel Impian Morib telah dijual oleh Seriemas Resort Sdn. Bhd. kepada Villea Morib Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

    Manakala Kelab Golf Sri Morib pada masa kini masih diuruskan oleh ahli -ahli kelab golf tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.