Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
67) MENTERI BESAR INCORPORATED
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status kewangan MBI Selangor pada tahun 2021.
MBI Selangor ditubuhkan di bawah Menteri Besar Selangor (Enakmen No. 3 Tahun 1994) pada 21 September 1994 dengan objektif mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri dan untuk mewakili Negeri Selangor dalam kegiatan ekonomi dan perniagaan yang berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.
MBI Selangor juga berperanan untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial untuk rakyat. Pada dasarnya, MBI Selangor adalah badan berkanun yang ditubuhkan untuk memacu aktiviti ekonomi dan sosial bagi pihak Kerajaan Negeri.
Hasil pendapatan MBI pada tahun semasa turut terkesan berikutan pendamik COVID-19 yang melanda sejak tahun 2020. Walau bagaimanapun, MBI terus memberi sokongan kepada usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap rakyat di mana sumbangan berjumlah RM36.35 juta telah disalurkan setakat ini.
MBI juga turut menyalurkan sumbangan bagi membiayai program atau inisiatif samada secara langsung atau tidak langsung di bawah kumpulan MBI seperti berikut;
Bantuan kewangan kepada anak-anak syarikat MBI yang bersifat bukan komersial yang meneraju inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri Selangor iaitu:
- Program-program yang dilaksanakan bermatlamat untuk menambah baik taraf sosio ekonomi dan kehidupan golongan yang memerlukan.
- Pendedahan kemahiran dan pembelajaran untuk memberi peluang rakyat berdikari dan berdaya saing.
Bantuan kewangan kepada anak-anak syarikat MBI di dalam kategori peralihan iaitu:
- Menerajui projek-projek berdaya impak tinggi terhadap ekonomi Negeri Selangor dan Malaysia.
- Menjadi pemangkin kepada penciptaan peluang pekerjaan baru.
- Mempergiat industri pelancongan Negeri Selangor.
- Meningkatkan nilai keindahan dan kebersihan alam sekitar.
- Dana untuk pelaburan baru yang strategik untuk menjana pendapatan berterusan di peringkat MBI dan Kumpulan dan Kerajaan Negeri Selangor.
-
Nyatakan program atau inisiatif di bawah MBI dan perbelanjaan setakat Januari-Julai 2021.
Inisitatif yag dijalankan di bawah MBI dan Jumlah perbelanjaan Januari hingga Julai 2021 adalah seperti berikut:
- CSR MBI – RM36.35 juta
- Pakej Kita Selangor – RM3.2 juta
- Inisiatif-inisiatif di bawah MBI – RM4.3 juta
Senarai Inisiatif yang dilaksanakan di bawah MBI adalah seperti berikut:
- Selangor Advance
- Selangor Kerjaya
- Data Internet Selangor
- Skim Internet Selangor M40
- Rebat Pengangkutan bagi Pengambilan Vaksin
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambahbaik urus tadbir MBI?
MBI Selangor adalah sebuah badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri di bawah enakmen dengan objektif mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri dan untuk mewakili Negeri Selangor dalam kegiatan ekonomi dan perniagaan yang berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Sebagai sebuah badan Kerajaan Negeri yang utama di Negeri Selangor, MBI bertanggungjawab memastikan pengurusan dan operasi berjalan mengikut amalan terbaik dan pematuhan kepada polisi integriti dan governans. Sebagai permulaan, sejak Januari 2021, MBI dan kumpulan anak syarikat telah menerima pakai 6 polisi Integriti dan Governans seperti berikut:
IG MBI merupakan platform secara atas talian yang boleh dilayari melalui laman web MBI. Sistem IG dibangunkan bagi memenuhi tatacara mencukupi mengikut garis panduan YAB Perdana Menteri kerana Seksyen 17A Akta SPRM telah berkuatkuasa. Sistem IG MBI ini mengandungi 6 dokumen penting iaitu:
- Polisi Pemberi Maklumat MBI Dan Kumpulan Syarikat,
- Polisi Konflik Kepentingan MBI Dan Kumpulan Syarikat,
- Polisi Penerimaan Dan Pemberian Hadiah MBI Dan Kumpulan Syarikat,
- Kod Etika Dan Tatalaku Kakitangan MBI Dan Kumpulan Syarikat,
- Polisi Anti Rasuah MBI Dan Kumpulan Syarikat,
- Kod Etika Perniagaan MBI Dan Kumpulan Syarikat.
Polisi ini adalah sebagai bukti pendirian MBI dan Kerajaan Negeri terhadap penolakan amalan rasuah serta mengutamakan amalan integriti dalam setiap urusan yang dijalankan MBI serta kumpulan anak syarikat.
Langkah seterusnya adalah pembudayaan dan penguatkuasaan polisi. Ini melibatkan seluruh kakitangan, pemegang taruh, vendor dan lain-lain pihak yang berhubung dan mempunyai kepentingan dengan MBI.
Kerjasama strategik dan program bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia adalah juga salah satu langkah yang dilaksankan oleh MBI bagi memastikan program latihan untuk anggota menjadi pegawai integriti bertauliah serta bimbingan dalam pengurusan isu-isu Integriti dan Governans.