Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
61) PENTERNAKAN AYAM DI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah ladang ayam daging dan telur di Selangor yang telah memperolehi sijil myGAP.
Jumlah ladang ayam di negeri Selangor yang telah memperolehi sijil myGAP adalah 22 buah yang terbahagi kepada 9 buah ladang ayam telur dan 13 buah ladang ayam daging.
-
Senaraikan ladang ayam daging dan ayam telur di Hulu Selangor yang telah memperolehi sijil myGAP atau mempunyai program pengurusan sisa ladang dan pencemaran yang baik.
Senarai ladang ayam daging dan ayam telur di Hulu Selangor yang telah memperolehi sijil myGAP mengikut senarai terkini (Julai 2021) adalah seperti dalam jadual di bawah :
BIL. NAMA LADANG LOKASI JENIS NO. SIJIL myGAP 1. Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd Batang Kali Ayam Daging T666 2. QL Ansan Poultry Farm Sdn Bhd (Farm A) Batang Kali Ayam Telur T672 3. QL Ansan Poultry Farm Sdn. Bhd (Farm B) Batang Kali Ayam Telur T673 Catatan :
Ladang Ayam Telur Selasih Aman Sdn. Bhd. yang terletak di Kalumpang, pernah menerima sijil myGAP tetapi telah dibatalkan oleh DVS pada 25 Mei 2021.
Selain daripada ladang-ladang unggas yang memegang sijil myGAP, ladang-ladang unggas yang mempunyai lesen perladangan unggas (tidak termasuk lesen bersyarat) juga dikategorikan sebagai ladang yang mempunyai program pengurusan sisa ladang dan pencemaran yang baik kerana kriteria berkenaan juga dinilai semasa proses verifikasi meluluskan lesen perladangan unggas. Senarai ladang-ladang unggas yang memegang lesen ini di daerah Hulu Selangor bagi tahun 2021 adalah seperti dalam jadual di bawah :
BIL. NAMA LADANG LOKASI JENIS NO. LESEN 1. KSJ Farming Sdn Bhd (Farm A) Ulu Yam Ayam Daging BHSAD 025 2. KSJ Farming Sdn Bhd (Farm B) Ulu Yam Ayam Daging BHSAD 007 3. KSJ Farming Sdn Bhd (Farm C) Ulu Yam Ayam Daging BHSAD 009 4. Leong Hup Agro Business Sdn Bhd Kalumpang Ayam Daging BHSAD 001 5. Leong Hup Agro Business Sdn Bhd Batang Kali Ayam Daging BHSAD 002 6. Koperasi Juruukur Tanah Berlesen Batang Kali Ayam Daging BHSAD 005 7. Aznor Dynamic Poultry Sdn Bhd Ampang Pecah Ayam Daging BHSAD 012 8. SD Agri Integration Batang Kali Ayam Daging BHSAD 014 9. NVS Agrofarm Sdn Bhd Kalumpang Ayam Daging BHSAD 015 10. Aznor Dynamic Poultry Sdn Bhd Batang Kali Ayam Daging BHSAD 016 11. Agro Business Sdn Bhd Kalumpang Ayam Daging BHSAD 018 12. Lingkaran Jutamas Sdn Bhd Kalumpang Ayam Daging BHSAD 019 13. Kalumpang Poultry Sdn Bhd Kalumpang Ayam Daging BHSAD 021 14. All Great Services Kalumpang Ayam Daging BHSAD 023 15. KLK Farm Sdn Bhd Kerling Ayam Daging BHSAD 024 16. ID Mar Broiler Sdn Bhd Kerling Ayam Daging BHSAD 026 17. HS Gemilang Sdn Bhd Mohd Muzamri Bin Soib Sg.Nilam Ayam Daging BHSAD 027 18. QL Ansan Poultry Farm Sdn Bhd (Farm A) Batang Kali Ayam Telur BHSAT 004 19. Ql Ansan Poultry Farm Sdn Bhd (Farm B) Batang Kali Ayam Telur BHSAT 005 -
Nyatakan tindakan-tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan semua pengusaha mencapai piawaian
amalan sanitasi ladang ternakan ayam yang bertaraf antarabangsa.Tindakan-tindakan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) bagi memastikan semua pengusaha mencapai piawaian amalan sanitasi ladang ternakan ayam yang bertaraf antarabangsa adalah seperti berikut :
i. Melaksanakan pengredan ke atas semua ladang ternakan ayam yang dilesenkan bagi mengenalpasti tahap pematuhan kepada Piawaian Amalan Perladangan Baik yang termaktub di bawah Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 dan Peraturan-peraturan Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2008. Gred ditentukan berdasarkan markah yang diberikan semasa lawatan verifikasi bagi tujuan pembaharuan lesen perladangan unggas dan permohonan lesen baharu. Penggredan bertujuan untuk perancangan, pelaksanaan dan pemantauan tindakan pembetulan/penambahbaikan selanjutnya. Pecahan gred-gred tersebut adalah seperti berikut:
GRED MARKAH TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN A 91 – 100 i. Lesen diluluskan. ii. Ladang perlu mengekalkan prestasi.
B 81 – 90 i. Lesen diluluskan. ii. Ladang perlu sedikit penambahbaikan.
C 71 – 80 i. Lesen bersyarat. Pemantauan setiap 6 bulan. ii. Ladang perlu melaksanakan tindakan pembetulan dan penambahbaikan mengikut arahan pihak berkuasa.
D 60 – 70 GAGAL 59 dan ke bawah i. Lesen tidak diluluskan. ii. Ladang perlu menyemak semula dan memastikan semua kriteria lesen dipatuhi.
ii. Melaksanakan Program Kesedaran Amalan Perladangan Baik kepada semua pemegang lesen perladangan unggas dengan kaedah seminar, kursus dan/atau ceramah pada setiap tahun.
iii. Melaksanakan Program Pementoran dan/atau Perkhidmatan Rundingcara ke atas pemegang-pemegang lesen perladangan unggas bagi menggalakkan lebih ramai memohon skim pensijilan MYGAP.
iv. Menguatkuasakan Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 dan Peraturan-peraturan Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2008.