Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

58) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN BATANG KALI

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai projek naik taraf dan pelebaran jambatan Batang Kali yang berada di FT001 simpang ke Genting Highland? Jika ya, terangkan butir-butirnya.

    Kemajuan terkini projek Mengganti Dan Melebarkan Jambatan Di Atas Sungai Batang Kali FT001/438/10 Daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut:

    Jadual (%) 71%
    Sebenar (%) 66%

    Punca kelewatan disebabkan oleh kerja-kerja terhenti akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang bermula daripada 1 Jun 2021 hingga 16 Julai 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.