Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

33) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kilang haram yang terdapat dalam pentadbiran DUN Sentosa setakat tahun 2021.

    Jumlah kilang haram atau dikenali juga Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) di kawasan DUN Sentosa adalah sebanyak 84 buah kilang seperti berikut:

     

     

     

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi kilang haram di Selangor?

    Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan, tinjauan dan juga bancian terhadap kilang-kilang yang telah dibina atau didirikan sebelum 28 Ogos 2020. Ini adalah bermakna tiada lagi kewujudan kilang-kilang haram yang baru atau kilang yang beroperasi tanpa kebenaran yang sah. Walau bagaimanapun, pemantauan secara berkala akan dilakukan bagi mengenalpasti sekiranya masih terdapat sebarang kewujudan baharu kilang-kilang haram atau kilang-kilang yang beroperasi tanpa kebenaran yang sah ini.

    Untuk makluman juga, penggunaan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tindakan Penguatkuasaan Pelanggaran Syarat Tanah di bawah Seksyen 127 hingga 129 dan Pelucuthakan di bawah Seksyen 130 Kanun Tanah Negara dan Garis Panduan Tindakan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) di Negeri Selangor akan diselaras dan digunakan oleh setiap Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan juga PBT bagi membendung masalah kilang tanpa kebenaran ini daripada menjadi lebih kritikal.

  3. Status terkini proses pemutihan kilang haram di Selangor.

    Status terkini proses pemutihan kilang tanpa kebenaran ini adalah berada di peringkat pelaksanaan yang mana pihak Kerajaan berada di dalam fasa untuk meneliti dan meluluskan permohonan yang telah dibuat oleh pemilik tanah dan juga pemilik kilang tanpa kebenaran ini. Selain daripada itu, bahagian penguatkuasaan juga telah berada di dalam fasa untuk menguatkuasakan apa-apa tindakan selari dengan peruntukan undang-undang yang telah disediakan terhadap mana-mana individu atau pemilik tanah dan juga pemilik kilang tanpa kebenaran yang masih berdegil dan tidak mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.