Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

20) MENAIKTARAF KUNCI AIR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permohonan menaiktaraf kunci air utama sedia ada di Kampung Telok Gong dan Pulau Indah?

    Permohonan bagi melaksanakan Kajian Sistem Saliran di Telok Gong telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor dengan siling sebanyak RM 650, 000.00 menggunakan Peruntukan Caruman Parit. Pada masa yang sama, Jabatan Pengairan dan Saliran juga telah mengemukakan permohonan ke Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Alam Sekitar Dan Air bagi membina dua (2) pintu air yang baru di Telok Gong

    Manakala untuk menaiktaraf pintu air di Pulau Indah, Jabatan Pengairan dan Saliran juga telah diluluskan peruntukan sebanyak RM 14.5 juta di bawah Rancangan Tebatan Banjir Sg Kembong, Pulau Indah bagi menaiktaraf sebuah pintu air dan sebuah “screw down” gate sediada dalam Rancangan Malaysia ke-12.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan dalam menambah bilangan kunci air utama di dalam kawasan Kampung Telok Gong ekoran pembangunan yang semakin pesat di kawasan tersebut dan sekitarnya?

    Pihak Berkuasa Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor mempunyai perancangan untuk membina dua (2) pintu air yang baru di Telok Gong pada masa hadapan setelah Kajian Saliran Telok Gong disiapkan dan setelah mendapat kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.