Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

18) SELGATE HOSPITAL

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah objektif pembinaan Hospital SELGATE?

    Jantung merupakan organ dalam bahagian tubuh yang sangat penting bagi setiap manusia. Penyakit jantung atau kardiovaskular merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia. Kos rawatan bagi penyakit jantung adalah di antara yang tertinggi di Malaysia. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor yang menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan yang berkelayakan.

    Skim ini yang dilaksanakan pada tahun 2018 dikendalikan oleh SELCARE Management Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). SELCARE akan bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi memberikan khidmat rawatan jantung dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak. Skim Rawatan Jantung menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berkelayakan iaitu jumlah pendapatan isi rumah bawah RM2,000 bagi penerima Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) dan di antara RM2,000 sehingga RM8,000 bagi bukan penerima SIPS. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang telah dibelanjakan dari tahun 2018 sehingga kini adalah seperti berikut:

     

  2. Bilakah Hospital SELGATE akan mula beroperasi sepenuhnya?

    Sehingga 31 Julai 2021, jumlah permohonan yang telah diluluskan dan tidak diluluskan adalah seperti berikut:

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor dapat menyenaraikan senarai jabatan-jabatan perubatan yang akan beroperasi di Hospital SELGATE?

    Menyedari kos rawatan yang tinggi bagi penyakit jantung, Kerajaan Negeri sedaya upaya membantu dalam meringankan kos yang perlu ditanggung oleh pesakit. Bagi penerima manfaat Skim Rawatan Jantung, had siling bagi kos pembedahan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM50,000.00 sekali untuk setahun. Manakala, had siling kos rawatan bagi pesakit luar adalah sebanyak RM10,000.00 bagi setiap guarantee letter yang dikeluarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.