Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

13) PERANAN KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam membendung penularan COVID-19 yang semakin tinggi dan membimbangkan di Negeri Selangor?

    Sebuah pasukan petugas khas Greater Klang Valley (GKV) Task Force telah diwujudkan bagi penyelarasan strategi yang bersepadu untuk membendung penularan COVID-19 yang melibatkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan Negeri Sembilan.

    Antara strategi-strategi yang diambil bagi menguruskan pesakit-pesakit di GKV adalah:

    i. Meningkatkan pengesanan pesakit bergejala dalam masa 24-48 jam dari masa simptom bermula dengan mempertingkatkan kemudahan saringan bagi individu-individu bergejala dengan memperbanyak dan memudahkan capaian kepada kit ujian RTK-Ag di peringkat lapangan.

    ii. Mengasingkan dan mengkuarantin pesakit dan kontak rapat dengan berkesan.

    iii. Bekerjasama dengan pihak majikan bagi menguruskan pekerja-pekerja kilang yang didapati positif termasuk untuk penilaian harian bagi kes-kes bersimptom

    iv. Memantau kes-kes simptomatik dengan berkesan dan merujuk kes kategori 3 ke atas ke hospital untuk rawatan

    v. Menggerakkan bantuan anggota kesihatan dari agensi kerajaan dan jabatan yang lain untuk menampung keperluan di hospital, PKD dan CAC dan mana-mana fasiliti yang memerlukan.

    vi. Memperkasakan komuniti dalam membantu menguatkuasakan SOP dan bantuan kepada individu/keluarga yang terkesan menerusi latihan kepada ketua-ketua masyarakat dan sukarelawan

    Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

     

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap syarikat dan kilang yang melanggar SOP berulang kali?

    Tindakan yang diambil terhadap syarikat/ kilang yang melanggar SOP berulang kali adalah PBT akan melaporkan maklumat syarikat/ kilang terlibat kepada pihak PDRM dan MITI. Tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil oleh agensi yang diberi kuasa adalah:-

    (1) Mengenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020;

    (2)Penutupan premis di bawah Sekyen 18(1) Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Lampiran

Tiada Lampiran.