Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
11) SISA BUANGAN PLASTIK KEPADA BAHAN PEMBINAAN JALAN (PLASTIC ROAD)
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan bersedia untuk mendapatkan teknologi memproses sisa buangan plastik untuk dijadikan bahan pembinaan jalanraya (plastic road) seperti yang digunakan di Indonesia, Australia, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat?
Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk melaksanakan teknologi baru terutamanya teknologi memproses sisa buangan plastic sebagai bahan pembinaan jalanraya. Antara produk yang telah digunakan adalah turapan plastic MR-6 MacRebur. Produk ini merupakan produk sisa bahan buangan plastic yang ditambah dalam bitumen di mana ianya berfungsi untuk menambah ketahanan turapan jalan. Berdasarkan laporan ujian makmal, produk ini mematuhi spesifikasi Polymer Modified Asphalt (PMA). Penggunaan turapan plastic MR-6 MacRebur ini adalah masih dalam peringkat kajian oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CReATE).
Kerja-kerja trial lay produk ini telah dilaksanakan di Jalan Pekeliling KLIA, FT 27 Daerah Sepang sepanjang 200m pada bulan Mac 2021 yang lepas.
Pihak Pusat Kecemerlangan Teknologi Kejuruteraan JKR (CReATE) dan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia akan melaksanakan pemantauan dan ujian-ujian ketahanan turapan setiap 6 bulan sekali.
Tempoh kajian produk MR-6 MacRebur ini akan mengambil masa 2 tahun hingga 3 tahun sebelum laporan teknikal berkaitan keberkesanan turapan plastic MR-6 MacRebur ini dapat dikemukakan.