Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
253) MENGAWAL SELIA BANGUNAN TERBENGKALAI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengawalselia bangunan yang terbengkalai terutama di lot-lot bangunan kedai?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengeluarkan suatu notis beserta arahan bagi bangunan terbengkalai sekiranya terdapat kacau ganggu. Di bawah peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), pemilik/ pemaju boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM25,000.00 jika gagal mematuhi syarat kelulusan tapak bina bagi bangunan yang terbiar semasa dalam proses pembinaan.
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi pemaju yang gagal mengawalselia bangunan dengan baik?
Bagi pemaju yang gagal mengawalselia bangunan dengan baik, PBT akan mengambil tindakan secara terus mengenainya di bawah peruntukan Seksyen 87, 88, 89 dan 90 Akta 133 samada suatu perintah penutupan, perintah larangan dan perintah peruntuhan secara mandatori dikenakan ke atas pemilik atau bangunan tersebut.