Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
246) PROGRAM SELVAX
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah vaksin Sinovac yang diterima oleh Kerajaan Negeri mengikut tarikh mula penerimaan sehingga 15hb Aug 2021.
Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari Gombak Setia (N17) No.136 (a). Untuk makluman Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sehingga 10 Ogos 2021, jumlah bekalan dos vaksin Sinovac yang telah diterima bagi program SELVAX adalah sebanyak 920,520 dos dan telah dibekalkan kepada 20 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah program SELVAX.
-
Nyatakan jumlah yang telah diberi mengikut golongani) Industri ii) Komuniti
Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari Sementa (N43) No. 194 (a), Bukit Melawati (N10) No.198 (a), Bukit Gasing (N34) No.202 (b), Sungai Panjang (N03) No.255, Sungai Burong (N08) No.256 (b) dan Rawang (N14) No.266 (a). Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri menyedari bahawa usaha bagi mencapai imuniti kelompok perlu dipercepatkan agar sektor sosial dan ekonomi dapat dibuka secara berperingkat.
Justeru, Kerajaan Negeri melalui SELGATE Healthcare Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Vaksin Selangor (SELVAX). SELVAX yang bertujuan melengkapi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan melibatkan vaksinasi kepada 1.25 juta warga Selangor yang terdiri daripada 250,000 orang awam yang akan menerima secara percuma dan 1 juta pekerja sektor industri dan ekonomi. Sehingga 22 Ogos 2021, bilangan dos vaksin yang telah disuntik bagi Program SELVAX Komuniti adalah sebanyak 224,880 dos manakala bagi Program SELVAX Industri, bilangan dos vaksin yang telah disuntik sehingga adalah sebanyak 142,719 dos daripada 750,000 dos yang diperuntukkan berdasarkan stok yang telah dibeli. SELVAX juga telah melaksanakan program vaksinasi secara walk in melalui kaedah pra-pendaftaran termasuk kepada warga asing bermula 3 Ogos sehingga 13 Ogos 2021.
Melalui pelaksanaan program PICK dan SELVAX di Negeri Selangor, usaha bagi mencapai imuniti kelompok dapat dipercepatkan dan dijangka boleh dicapai menjelang bulan Oktober 2021.