Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
245) BALAI PENGHULU MUKIM IJOK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah rancangan untuk membina Balai Penghulu yang baru di Kampung Ijok untuk mengurus keperluan penduduk?
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor ada merancang untuk membina Balai Penghulu untuk Penghulu Mukim Ijok memandangkan Mukim Ijok mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Buat masa ini, Penghulu Mukim Ijok turut menjaga kawasan Mukim Api-Api dan ditempatkan di Balai Penghulu di Kampung Assam Jawa. Perancangan membina Balai Penghulu yang baru di Mukim Ijok juga timbul berikutan lokasi Balai Penghulu sedia ada di Kampung Assam Jawa adalah jauh daripada Mukim Ijok di mana ianya menyukarkan penduduk untuk hadir berurusan.
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah mengenalpasti lokasi tapak cadangan yang bersesuaian untuk pembinaan Balai Penghulu yang baru di Mukim Ijok. Lokasi cadangan tapak pembinaan tersebut ialah di Kampung Bukit Badong.
Namun begitu, kertas cadangan bagi pembinaan baru bagi Balai Penghulu Mukim Ijok ini perlu diangkat terlebih dahulu untuk diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan ianya akan melibatkan kos tadbir urus, kos pembinaan, malah turut melibatkan kelulusan perjawatan baru bagi pengoperasian balai penghulu tersebut.