Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
243) OPERASI KILANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi tuduhan fitnah mengatakan Kerajaan Negeri memberi kelonggaran pembukaan kilang yang menyebabkan kes COVID-19 mendadak di Selangor?
Seperti semua sedia maklum, penetapan pembukaan sektor yang dibenarkan untuk beroperasi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab memastikan sesebuah kilang beroperasi dengan mematuhi syarat lesen yang ditetapkan. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk melarang kilang yang dikategorikan sebagai perlu atau ‘essential’ untuk tidak beroperasi sekiranya kilang tersebut mematuhi semua syarat lesen yang telah ditetapkan oleh PBT berkaitan.