Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
235) KENAIKAN HARGA BAJA DAN RACUN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan kenaikan harga baja dan racun dipasaran tidak membebankan petani terutamanya pesawah padi?
Kerajaan negeri mengambil maklum berkenaan situasi ini dan di bawah Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12) Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM14.5 juta selama untuk tempoh 5 tahun RMK12 melalui Program Pembangunan Tanaman Padi , Jabatan Pertanian.
Program ini bertujuan mengurangkan impak kenaikan harga input kepada pesawah serta merancang aktiviti kearah peningkatan hasil padi. Pada tahun 2021, sebanyak RM 2.9 Juta telah diperuntukkan untuk pembangunan projek padi di Negeri Selangor dan peruntukkan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada memberi manfaat kepada 5,000 orang pesawah di kawasan Barat Laut Selangor yang terlibat dengan program Pembangunan Tanaman Padi tahun ini.
-
Adakah Kerajaaan Negeri melakukan pemantauan berkala terhadap perkara ini?
Pemantauan harga barangan input pertanian adalah dalam bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP, walau bagaimanapun sebarang isu berkaitan petani akan diselaraskan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan diangkat ke pengetahuan Exco Permodenan Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Selangor untuk perbincangan dan tindakan penyelesaian.
Selain itu, Jabatan Pertanian akan mengangkat isu ini ke pengetahuan Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) melalui Platform Mensyuarat MAFI Inc. dimana Jabatan Pertanian merupakan pengerusi dan urusetia yang akan menyelaraskan isu dan cadangan dari jabatan/agensi dibawah MAFI