Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
234) VAKSIN MURID-MURID SEKOLAH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan dasar terkini berkenaan vaksinasi untuk murid-murid sekolah.
Program imunisasi pelajar sekolah iaitu imunisasi DT/MR bagi pelajar Tahun 1 dan imunisasi Tetanus bagi pelajar Tingkatan 3 masih diteruskan.
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan penutupan sekolah, pelajar diberi imunisasi di fasiliti kesihatan dengan pemberian temujanji di fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Namun begitu, berikutan peningkatan kes COVID19 yang mendadak di Negeri Selangor dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri Selangor bermula 3 Julai 2021, perkhidmatan imunisasi bagi pelajar sekolah ditangguhkan buat sementara waktu sehingga sekarang.
Bagi imunisasi HPV bagi pelajar perempuan Tingkatan 1 pula ditangguhkan bagi tahun 2021 hingga 2022. Ini berikutan bekalan vaksin HPV peringkat global yang tidak mencukupi dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sedang berusaha mendapatkan bekalan vaksin HPV sehingga tahun 2025.