Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
232) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan telah melaksanakan semula pemberian khairat kematian di bawah skim ini?
Pemberian khairat kematian telahpun mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2021 dengan nilai RM500.
-
Bagaimana pelaksanaan pemberian khairat kematian termasuk voucher Jom Shopping di bawah skim ini?
Terdapat 2 pemberian seperti berikut:
- Manfaat semasa hidup – dimana ahli SMUE yang telah berdaftar akan menerima baucer beli belah bernilai RM100 semasa bulan kelahiran mereka di pasaraya terpilih.
- Khairat Kematian – bantuan khairat kematian ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan sedikit beban rakyat Selangor. Melalui inisiatif ini Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan bantuan dengan nilai RM500 kepada waris ahli SMUE yang telah meninggal dunia. Bantuan ini akan disalurkan terus ke akaun waris yang telah berdaftar di dalam sistem SMUE atau diserahkan melalui ADUN.