Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

230) MASALAH PAIP PECAH DAN KEBOCORAN PAIP UTAMA BEKALAN AIR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri Selangor untuk mengelakkan atau mengurangkan insiden paip pecah atau kebocoran paip utama bekalan air terutamanya di DUN Hulu Bernam?

    Bagi mengatasi masalah paip pecah atau kebocoran, Air Selangor telah mengenalpasti beberapa pelan jangka panjang dan langkah-langkah berterusan seperti berikut:

    • Pelan Jangka Panjang

    Air Selangor telah merangka pelan jangka panjang ‘redundancy pipeline’ bagi kawasan strategik dan berisiko tinggi yang bertindak sebagai bekalan alternatif sekira berlakunya gangguan bekalan air. Ia hanya mampu untuk mengawal sebahagian sahaja kawasan yang terjejas dan bukan keseluruhan. Inisiatif-inisiatif berikut hanya dapat dilaksanakan setelah rezab margin berada pada paras 10% sehingga 15%.

     

    1. Program Penggantian Paip Jenis Asbestos Cement (AC) – 6,000 km paip usang/berusia jenis Asbestos Cement (AC) telah dan sedang diganti kepada paip jenis Ductile Iron (DI) dan High-Density Polyethylene (HDPE) dibawah program penggantian paip.
    2. Sensor Pintar (Intelligent Sensor) dan “Leak Detection Works” – Pada tahun 2018, Air Selangor telah memasang sensor pintar ‘Intelligent Sensor’ (Pressure Transient) disepanjang paip utama untuk mengesan ‘pressure surges’ dan kebocoran melalui ‘alert’ yang akan disalurkan ke ‘Intelligent Command Center’ (ICC). Selain itu, Air Selangor juga telah menjalankan usaha pengesanan kebocoran ‘leak detection works’ di paip-paip utamanya.

     

    • Langkah-Langkah Berterusan

     

    1. Terdapat 144 lokasi projek pembangunan yang dikategorikan “hotspots” yang boleh menyumbang kepada paip pecah berlaku disebabkan pihak ketiga yang dikenalpasti.
    2. Bagi memantau keadaan tapak, pihak Air Selangor akan menubuhkan pasukan khas yang akan membuat pemantauan di tapak secara langsung dan berfungsi untuk meronda dan melaporkan sebarang penemuan serta mencegah insiden paip pecah daripada berlaku.
    3. Kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor Bagi Pemantauan Pembangunan Pihak Ketiga. Merujuk kepada mesyuarat MTES Ke 25/2019 bertarikh 28 Ogos 2019, kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju melaksanakan syor pihak Air Selangor seperti berikut:
    • Kelulusan permit kerja oleh PBT kepada mana-mana projek pembangunan perlu mendapat sokongan dan maklumbalas daripada Air Selangor yang melibatkan asset-asset perkhidmatan air di rezab jalan-jalan awam, rezab jajaran bekalan air dan berhampiran atau sempadan hak milik Air Selangor (cth: pemotongan tanah berhampiran Kolam Air/Rumah Pam); dan
    • Menambahkan klausa tambahan ke atas kelulusan permit kerja oleh PBT sekiranya kerja-kerja projek di tapak mengakibatkan paip pecah, pihak PBT berkuasa untuk mengeluarkan arahan pemberhentian kerja (Stop Work Order) untuk satu tempoh yang bersesuaian (sekurang-kurangnya 30 hari).

    Tujuan pelaksanaan syor Air Selangor ini bagi menyelaras aktiviti pihak ketiga dalam pelaksanaan projek bertujuan untuk mengelakkan paip pecah.

     

    Bagi kawasan DUN Hulu Bernam berikut adalah kawasan-kawasan yang disenaraikan dalam program penggantian paip:

    Wilayah Hotspot Lokasi Tempoh masa (Tahun) Kos (RM ‘mil)
    Hulu Selangor Kg Pasir Putih Kalumpang Paip bersaiz 200mm & 150mm diameter di Jalan 1, Jalan 3, Jalan Besar, Jalan Kuarters dan Lorong 1 hingga Lorong 4 2018 – 2019 1.7
    Hulu Selangor Loji Kalumpang Paip bersaiz 150mm diameter di Jalan Ke Loji Kalumpang 2020 – 2021 0.8
    Hulu Selangor Kampung Gumut Tambahan Paip bersaiz 150mm diameter di Jalan Kubur Lama 2020 – 2021 0.6
    Hulu Selangor Kg Gumut Tambahan Paip bersaiz 150mm diameter di Lorong 4 2020 – 2021 2.1
    Hulu Selangor Kg Gumut Tambahan Paip bersaiz 150mm diameter di Jalan Kg Gumut Tambahan 2020 – 2021
    Hulu Selangor Felda Sg Tengi Selatan Paip bersaiz 180mm diameter di Jalan Sukun (Jalan Masjid) 2020 – 2021 0.4
    Hulu Selangor Felda Sg Tengi Paip bersaiz 180mm diameter Jalan Putri 2020 – 2021 3.0
    Hulu Selangor Jalan Besar Loji BRH Paip bersaiz 300mm diameter Jalan Besar Loji BRH 2021 – 2022 1.0

     

     

    Selain daripada itu, pembentukan District Metering Zone (DMZ) juga telah dilaksanakan bertujuan untuk memantau dan mengawal tekanan air secara optimum bagi memastikan bekalan air yang berterusan.

     

    Sehingga kini, di dalam kawasan DUN Hulu Bernam, terdapat 14 DMZ telah dibentuk, sebagaimana senarai di bawah:

    1. 001 Kg. Tengi Selatan
    2. 002 Kg. Tengi
    3. 004 Kalumpang
    4. 019 Ulu Bernam 1
    5. 020 Ulu Bernam 2
    6. 059 Taman Tempua Bestari
    7. 062 Taman Bernam Jaya
    8. 081 Felda Gedangsa
    9. 082 Sg Dusun
    10. 541 Loji Kalumpang
    11. 543 Loji Selasik
    12. 902 BRH Gedangsa
    13. 904 Keliang Kalumpang
    14. 905 Pertanian Kalumpang

     

    Untuk kejadian paip pecah yang masih berlaku walaupun dengan pelaksanaan kawalan tekanan (kawasan di dalam DMZ), jajaran paip terlibat dikenalpasti dan disusun di dalam senarai keutamaan penggantian paip di bawah Program Penggantian Paip.

    Secara keseluruhan, indeks paip pecah telah dapat dikurangkan sebanyak 55% dari 20 kes/100km/tahun pada tahun 2016 ke 9 kes/100km/tahun pada tahun 2020. Indeks paip pecah ini adalah lebih rendah berbanding aras antarabangsa iaitu 13 kes/100km/tahun.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.