Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

225) TEMPAT PEMBUANGAN/ PENGUMPULAN SAMPAH (PLASTIK) HARAM

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah SOP yang diperlukan pihak berwajib untuk menutup tempat pengumpulan sampah haram?

    Tempoh untuk menutup tempat pengumpulan sampah haram di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memerlukan masa sehingga dua (2) minggu bermula dari peringkat aduan, siasatan, pemeriksaan tapak dan temporary sealed off di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan peruntukan 4 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap Tahun 2007.

  2. Nyatakan tindakan yang telah dan akan diambil untuk menyelesaikan isu tempat pembuangan/ pengumpulan sampah haram di kawasan Sementa.

    Di kawasan ADUN Sementa, pihak Majlis Perbandaran Kelang (MPK)  telah mengenal pasti sebanyak tiga (3) lokasi tempat pembuangan sampah haram. Selepas pihak MPK melaksanakan siasatan, tindakan penguatkuasaan telah diambil iaitu sebanyak tujuh (7) buah kenderaan antaranya seperti lori 3 tan dan back hoe telah berjaya disita. MPK akan melaksanakan pemantauan secara berkala di lokasi tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Lokasi tempat pembuangan sampah tersebut adalah seperti berikut:

    Bil. Lokasi Pembuangan Catatan
    1. Lot 20762, Jalan Sempadan Batu 14, Off Kapar Sebanyak 3 buah kenderaan telah disita iaitu 2 buah lori 3 tan dan 1 ‘back hoe’
    2. Lot 34482, Pengkalan Nelayan Sungai Daun, Rantau Panjang. Sebanyak 3 buah kenderaan disita iaitu 2 buah lori 3 tan dan 1 mesin jengkaut.
    3. Lot 12691, Jalan Perepat 9,Kampung Perepat 1 buah lori 3 tan telah disita.

Lampiran

Tiada Lampiran.