Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
219) JUALAN HASIL PETANI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu golongan petani yang telah menuai hasil tanaman tetapi tidak boleh dipasarkan apabila daerah mereka diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD)?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah mengambil tindakan proaktif bagi mengelakkan hasil pertanian rosak atau tidak terjual. Antara tindakan yang di laksanakan adalah:
Pihak kerajaan Negeri telah memperkenalkan program AGRO PRIHATIN dan telah memperuntukkan RM500,000.00 untuk membeli lambakan hasil pertanian. program ini telah memanfaatkan lebih 200 petani yang telibat sepanjang PKPD berlaku. Selain itu Kerajaan negeri telah menubuhkan Program Agro Prihatin Selangor untuk membantu petani yang terjejas. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah dilantik sebagai penyelaras untuk mengumpulkan pangkalan data petani yang mengalami kerugian.Talian hotline serta link aduan telah diwujudkan untuk mengumpul aduan berhubung dengan lambakan komoditi pertanian seluruh negeri Selangor. Kerajaan Negeri telah membeli lambakan hasil petani yang terlibat dan kemudian produk-produk tersebut dipasarkan di 12 outlet jualan PKPS. Maklumat kerugian dan lambakan telah disalurkan oleh semua jabatan dan agensi dibawah portfolio pertanian kepada pihak PKPS untuk diselaraskan.
- Memberikan Surat Pengesahan Keterlibatan Dalam Aktiviti Rantaian Pembekalan dan Pemasaran Berkaitan Keperluan Makanan iaitu ladang dan premis pemprosesan makanan berskala kecil bagi pengusaha tanaman dan industri asas tani secara individu/ persendirian yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggunakan Sistem eGerakTani. Bagi Syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) permohonan dibuat kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui sistem CIMS 3.0 menggunakan link https://notification.miti.gov.my/login.
- Membuat penemusuaan petani/ pengusaha bersama pihak pemborong dan pemasar untuk mendapatkan bekalan dari kawasan PKPD.
- Menjalankan program CSR dan promosi, iaitu pihak Jabatan Pertanian membeli hasil pertanian kemudian diagihkan kepada kawasan-kawasan yang terkesan dengan pelaksanaan PKP dan PKPD antaranya perumahan rakyat (PPR), petugas barisan hadapan (PDRM,ATM, KKM) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).