Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

205) PROJEK PELEBARAN JALAN MASUK KAMPUNG, TELOK GONG PELABUHAN KLANG

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek pelebaran jalan Telok Gong yang dijangka pembinaanya bermula pada Julai 2021?

    Projek yang dimaksudkan adalah projek Menaiktaraf Jalan Negeri B148 Jalan Telok Gong dari Persimpangan GlenmarieCove hingga ke Persimpangan jalan Ikan Tenggiri dalam Daerah Klang sepanjang 6.2 km. Status terkini projek pelebaran jalan masuk Kg Telok Gong adalah dalam peringkat rekabentuk terperinci. Projek ini dijangka tender pada penghujung bulan Jun 2022.

  2. Berapakah jumlah dan jenis binaan yang terlibat di dalam Pelan Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (APBT 1960)?

    b)

     

    Anggaran jumlah dan jenis binaan yang terlibat adalah seperti berikut:

     

    Bil Jenis Binaan Jumlah Terlibat
    1 Bengkel 2
    2 Warung 2
    3 Kedai 8
    4 TNB Substation 1

     

     

    Jumlah binaan yang terlibat dengan pengambilan tanah projek ini hanya akan ditentukan setelah jajarannya dimuktamadkan dan rekabentuk terperinci siap sepenuhnya

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.