Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
203) PWB DUN SABAK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Saya ingin mengajukan soalan mengenai PWB. Mengapa PWB DUN Sabak tidak pernah berjumpa atau bekerjasama dari sudut pentadbiran dan juga setiap program yang dijalankan?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sabak, PWB DUN Sabak sejak tahun 2018 sentiasa bekerjasama dengan pelbagai golongan masyarakat termasuk pihak Yang Berhormat yang telah pun memberikan sokongan dan kelulusan dalam melaksanakan program-program PWB di DUN Sabak. Kerjasama erat ini diteruskan bagi manfaat masyarakat DUN Sabak melalui sokongan dan kelulusan kertas kerja serta laporan pelaksanaan program di bawah kendalian Yang Berhormat Tuan Ir Izham bin Hashim sebagai penyelaras DUN Sabak yang baharu.