Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

201) PENDIDIKAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan Hadiah IPT Selangor yang telah disalurkan kepada pelajar setakat ini?Sila Perincikan mengikut DUN.

    Jumlah peruntukan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor yang telah disalurkan sehingga 31 Julai 2021 adalah sebanyak RM2,052,000.00 iaitu sebanyak 2,052 penerima. Namun begitu, tiada perincian data penerima HPIPT mengikut DUN pada ketika ini.

  2. Berapakah tempoh masa bagi permohonan Hadiah IPT?

    Tempoh masa bagi permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) adalah selama satu (1) bulan bagi satu fasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.