Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

199) PROJEK LRT 3

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini Projet LRT 3 di Daerah Klang.

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali :-

    Projek Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit – LRT) Laluan 3 iaitu dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang secara keseluruhannya telah mencapai prestasi kemajuan sebanyak 57.57%. Bagi daerah Klang, projek LRT3 kini telah mencapai kemajuan kerja seperti berikut:-

    • 76% bagi Pakej GS07-08 iaitu di kawasan Bandar Baru Klang sehingga Taman Sri Andalas;
    • 26% bagi Pakej GS09 iaitu dari kawasan Taman Sri Andalas sehingga AEON Bukit Tinggi;
    • 07% bagi Pakej GS10 iaitu dari kawasan AEON Bukit Tinggi sehingga Johan Setia; dan
    • 94% bagi Pakej TD2 iaitu Depoh di Johan Setia.

    Untuk makluman Yang Berhormat, projek LRT3 dijangka siap mengikut jadual pada Februari 2023 seperti di dalam perjanjian Projek LRT3.

  2. Nyatakan tarikh siap projek LRT 3.

    Soalan adalah seperti di atas (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.