Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
187) BANJIR JALAN 4D DAN 5D KAMPUNG BARU SUNGAI BULOH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan menyelesaikan jangka masa panjang masalah tersebut?
Penyelesaian jangka masa panjang bagi masalah banjir jalan 4D dan 5D Kampung Baru Sungai Buloh perlu dirujuk kepada MBSA dan JKR untuk tindakan.
Kejadian banjir seringkali berlaku di kawasan Kampung Baru Subang khasnya di Jalan TUDM, Jalan 4D dan 5D apabila hujan melebihi 60 mm/jam. Kejadian banjir dan air bertakung ini berpunca daripada sistem saliran sediada tidak mampu menampung air larian kerana hampir sepenuhnya kawasan ini merupakan kawasan pembangunan tidak terancang, tiada sistem saliran utama yang mengalirkan air ke sungai berhampiran dan terdapat sistem saliran yang telah uzur. Kampung Baru Subang terletak kira-kira 15 km dari Pusat Bandaraya Shah Alam di dalam Daerah Petaling. Ia juga terletak di sebelah landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang).
Punca utama banjir di kawasan ini berlaku adalah disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak teratur dan halangan dalam sistem saliran yang tidak diselenggara dengan baik. Satu kajian menyeluruh untuk mengkaji sistem saliran di kawasan tersebut akan dilaksanakan oleh pihak MBSA bagi menyediakan pelan induk perparitan.
Ulasan JKR
Jalan 4D adalah dibawah penyenggaraan pihak JKR Daerah Petaling manakala Jalan 5D adalah dibawah penyenggaraan pihak Pejabat Daerah Tanah Petaling. Pihak JKR Daerah Petaling sentiasa menyelenggara longkang dan sistem perparitan di jalan tersebut. Kerja-kerja menggantikan culvert dan sump di kawasan berkenaan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Disember 2021.
Ulasan PDT PETALING
Perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Petaling 3/2021 yang berlangsung pada 29 Jun 2021.
Mesyuarat tersebut mengambil maklum bahawa pihak JKR Petaling telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang pada simpang jalan 5D. Manakala kerja-kerja pembersihan longkang tanah di jalan 4D akan dilaksanakan semasa kerja-kerja pembaikan jalan dan pembaikan longkang dan pembentung yang dirancang pada pertengahan Julai 2021.
Mesyuarat juga telah dimaklumkan bahawa pihak MBSA sedang melaksanakan proses lantikan perunding bagi tujuan kajian penyediaan pelan induk perparitan di kawasan tersebut.
Ulasan MBSA
Pihak Majlis dalam proses untuk menyediakan ‘Floot Masterplan’ bagi kawasan ini. Kajian ini akan merangkumi inventori perparitan kawasan yang terbabit dan melibatkan kerja-kerja pengukuran. Kerja-kerja pengukuran diperlukan terlebih dahulu sebelum kerja kajian perunding dilaksanakan. Untuk makluman, kerja ukur masih belum dapat dilaksanakan sebelum ini disebabkan dalam tempoh PKP/PKPD. Untuk PPN Fasa 1, pihak Majlis dalam proses melantik surveyor dan seterusnya akan melantik perunding bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan ini. Kajian secara menyeluruh dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2022 sekiranya tiada halangan.
PELAN LOKASI BANJIR
JALAN 5D DAN 4D