Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
171) SYARAT PELESENAN COVID
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Untuk lesen-lesen baru yang dikeluarkan oleh PBT/lesen-lesen yang diperbaharui dengan PBT, adakah syarat-syarat untuk memastikan keselamatan daripada COVID-19 dapat dimasukkan (contoh: ujian swab yang kerap dan dipaparkan, ventilasi, vaksin dan lain-lain)?
Pada masa ini, PBT belum memasukkan tambahan syarat keselamatan berkaitan kawalan Covid-19 di dalam syarat lesen. Walau bagaimanapun, secara amnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, semua premis perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti melakukan imbasan kod QR Mysejahtera, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal. Sebarang perlaksanaan ke atas kawalan keselamatan di premis perniagaan adalah tertakluk kepada arahan dari masa ke semasa.