Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
162) PEMVAKSINAN MELALUI UNIT MOBIL BAGI WARGA EMAS DAN WARGA YANG MEMERLUKAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Status penerangan dan perlaksanaan mengenai Unit Vaksinasi Mobil di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Pasukan outreach dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah melaksanakan program vaksinasi mobil ke institusi warga emas/ OKU dan perkampungan orang asli di Negeri Selangor dengan kerjasama pihak JAKOA.
Manakala bagi pesakit terlantar/OKU di rumah, program vaksinasi dijalankan dengan kerjasama pihak NGO yang diselaraskan oleh pihak JKNS dan PHCORP.
Selain itu, terdapat juga pasukan mobile secara outreach bagi kawasan PKPD dan lokaliti yang dikenalpasti bagi penduduk yang tidak mempunyai akses kepada sistem MySejahtera atau akses kepada PPV yang dijalankan oleh pasukan mobile PKD.