Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

158) SARINGAN KOMUNITI COVID-19 SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan keseluruhan yang diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan program ini? Manfaatnya mengikut DUN.

    Dalam memerangi pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri sentiasa mengikut garis panduan seperti yang telah ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). Ini termasuklah saranan strategi FTTIS iaitu Find, Test, Trace, Isolate and Support melalui pelaksanaan saringan komuniti bersasar. Walaupun saringan ini akan menyebabkan kadar kes harian akan meningkat, namun ia merupakan satu langkah yang membolehkan Kerajaan Negeri mengenalpasti individu yang didapati positif Covid-19 serta tidak menunjukkan sebarang gejala. Langkah ini membolehkan individu tersebut menjalani kuarantin kendiri dan seterusnya dapat mengelakkan penularan Covid-19 ke dalam komuniti setempat. Justeru, Kerajaan Negeri komited akan pelaksanaan program saringan ini dan peruntukan bagi program tersebut adalah seperti berikut:

     

    Program Peruntukan
    Program Saringan Komuniti Bersasar Fasa Satu (1) (Pakej Selangor Prihatin Fasa 2) RM1,600,000.00
    Program Saringan Komuniti Bersasar Fasa Dua (2) (Pakej Selangor Prihatin Fasa 2) RM2,060,000.00
    Program Saringan Komuniti Bersasar Fasa Tiga (3) (Pakej Kita Selangor) RM6,000,000.00
    Lanjutan Program Saringan Komuniti Bersasar Fasa Tiga (3) (Pakej Kita Selangor 2.0) RM10,695,000.00
    Jumlah RM20,355,000.00

     

    Bilangan warga Selangor yang telah menjalani saringan ini adalah seperti berikut:

     

    NO. LOKASI JUMLAH

    SARINGAN

    JUMLAH

    DISYAKI

    POSITIF

    1. Kajang 1052 85

    (8.08%)

    2. Semenyih 629 31

    (4.93%)

    3. Balakong 1618 60

    (3.71%)

    4. Sungai Ramal 1130 51

    (4.51%)

    5. Dusun Tua 733 13

    (1.77%)

    6. Teratai 1267 53

    (4.18%)

    7. Pandan Indah 1576 67

    (4.25%)

    8. Lembah Jaya 580 28

    (4.83%)

    9. Hulu Kelang 1811 146

    (8.06%)

    10. Bukit Antarabangsa 1438 109

    (7.58%)

    11. Sungai Tua 1884 106

    (5.63%)

    12. Gombak Setia 2027 167

    (8.24%)

    13. Taman Templer 2015 161

    (7.99%)

    14. Rawang 2098 94

    (4.49%)

    15. Kuang 1955 94

    (4.81%)

    16. Seri Kembangan 2518 88

    (3.49%)

    17. Seri Serdang 2473 75

    (3.03%)

    18. Kinrara 2435 66

    (2.71%)

    19. Seri Setia 2445 171

    (6.99%)

    20. Subang Jaya 5096 130

    (2.55%)

    21. Bukit Gasing 1650 55

    (3.33%)

    22. Taman Medan 1683 89

    (5.29%)

    23. Bandar Utama 2418 67

    (2.77%)

    24. Kampung Tunku 2504 30

    (1.20%)

    25. Bukit Lanjan 2939 103

    (3.50%)

    26. Paya Jaras 2924 94

    (3.21%)

    27. Kota Anggerik 2548 49

    (1.92%)

    28. Kota Damansara 3017 103

    (3.41%)

    29. Batu Tiga 3718 89

    (2.39%)

    30. Meru 2631 124

    (4.71%)

    31. Selat Klang 2301 75

    (3.26%)

    32. Sementa 2526 32

    (1.27%)

    33. Pelabuhan Klang 3226 111

    (3.44%)

    34. Bandar Baru Klang 2879 39

    (1.35%)

    35. Pandamaran 1407 16

    (1.14%)

    36. Sentosa 1498 53

    (3.54%)

    37. Kota Kemuning 2056 43

    (2.09%)

    38. Sg Kandis 2276 88

    (3.87%)

    39. Dengkil 3251 26

    (0.80%)

    40. Sg Pelek 843 23

    (2.73%)

    41. Banting 1271 38

    (2.99%)

    42. Sijangkang 1557 26

    (1.67%)

    43. Morib 1317 17

    (1.29%)

    44. Tanjung Sepat 496 18

    (3.63%)

    45. Permatang 330 7

    (2.12%)

    46. Sg Burong 317 1

    (0.32%)

    47. Bukit Melawati 628 10

    (1.59%)

    48. Ijok 595 16

    (2.69%)

    49. Batang Kali 1687 53

    (3.14%)

    50. Jeram 931 12

    (1.29%)

    51. Hulu Bernam 447 5

    (1.12%)

    52. Kuala Kubu Bharu 910 23

    (2.53%)

    53. Sabak 471 1

    (0.21%)

    54. Sungai Panjang 510 2

    (0.39%)

      JUMLAH 96542 3333

    (3.45%)

  2. Sejauh manakah jastifikasi program ini membantu Kerajaan Negeri menurunkan kes COVID-19 di Negeri Selangor?

    Sejak di awal penularan pandemik Covid-19 pada awal tahun 2020, World Health Organization (WHO) telah menekankan kepentingan mengikuti pelan Find, Test, Trace, Isolate and Support (FTTIS). Kaedah ini merupakan sebahagian daripada gabungan kesihatan awam dalam mengekang penularan virus Covid-19, melandaikan lengkung pandemik dan seterusnya merupakan hala tuju keluar daripada krisis ini.  Justeru, mengambil saranan tersebut, Kerajaan Negeri telah melaksanakan ujian saringan komuniti secara percuma di kesemua 56 DUN.

     

    Melalui pelaksanaan program ini, Kerajaan Negeri berupaya mengasingkan mereka yang positif daripada kumpulan yang negatif, seterusnya membantu mengawal perebakan Covid-19 di kalangan komuniti.  Elemen terakhir iaitu Support (sokongan) juga amat dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri, justeru program Covid-19 Assessment Centre (CAC) – Home Assessment Tools (HAT) telah diperkenalkan yang akan membantu petugas kesihatan di CAC memantau dan mengawasi tahap kesihatan pesakit yang menjalani kuarantin kendiri di rumah melalui aplikasi SELANGKAH.

    Program saringan komuniti bukan merupakan langkah mengurangkan kadar kes harian di Negeri Selangor, tetapi merupakan satu mekanisme bagi mengenalpasti individu yang positif Covid-19 tetapi tidak bergejala (silent carrier).

Lampiran

Tiada Lampiran.