Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
119) PELABURAN ASING DAN PELABURAN TEMPATAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan asing (FDI) dan pelaburan domestik (DDI) khususnya bagi menjamin kelestarian ekonomi dan penciptaan pekerjaan untuk rakyat?
Dalam memastikan kelestarian ekonomi dan penciptaan pekerjaan untuk rakyat, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor selaku agensi penggalakkan pelaburan sentiasa melaksanakan berbagai strategi dalam usaha memastikan Negeri Selangor kekal relevan dan sentiasa diyakini oleh Pelabur. Walaupun dalam keadaan dunia dilanda Pandemik COVID-19 ketika ini, ia tidak menghalang untuk pihak Kerajaan Negeri melaksanakan program – program promosi yang telah dijadualkan dan dirancang sebelum ini menerusi pelbagai kaedah seperti webinar, persidangan dan pameran secara maya (virtual). Bagi program – program secara fizikal pula, perlaksanaan program – program tersebut mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan.
Antara strategi yang dilaksanakan dalam memastikan sektor pelaburan terus berkembang di Selangor seperti berikut;-
- Perancangan Strategik;
Perancangan Strategik dengan perlaksanaan pelan tindakan seperti pelaksanaan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Negeri Selangor (Selangor Aerospace Action Plan) dan penyediaan Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (Selangor Biotechnology Action Plan).
- Pelaksanaan Program Promosi Penggalakkan Pelaburan
Bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap telah melaksanakan sebanyak 121 program / aktiviti bagi menggalakkan aktiviti pelaburan baru dan penambahan pelaburan sedia ada. Pecahan program / aktiviti tersebut seperti:-
Bil. Program Program / Aktiviti 1. Misi Penggalakkan Pelaburan ke Luar Negara/ Lawatan Teknikal – 2. Investor Engagement Programs 14 Program 3. Mesyuarat Utama · Mesyuarat Penyelarasan Projek
· Lain – lain Mesyuarat Berkaitan
17 Mesyuarat 4. Selangor International Business Summit (SIBS) 13 Program 5. Foreign Embassy And Business Chamber Engagement Program 13 Program 6. Promosi/ Pengiklanan & Penerbitan: · Invest Selangor Berhad – 32 penerbitan
· S-Daico – 13 penerbitan
· SIBS – 19 penerbitan
64 Penerbitan
Jumlah program 121 Program Walaupun perintah larangan ke luar negara masih berkuatkuasa disebabkan Pandemik Covid 19, pihak Invest Selangor mengambil pendekatan dengan mengadakan program Virtual Investment Mission dan juga Round Table Meeting bersama pelabur berpotensi dari luar negara.
Dalam memastikan penyaluran maklumat serta mempromosikan sektor perdangan, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah membangunkan Selangor Business Hub Portal serta akan menganjurkan pameran Selangor International Business Summit (SIBS) 2021 dan juga Selangor Aviation Show (SAS) 2021.
- Program – Program Menyantuni Pelabur (Investor Engagement Programs)
Selain usaha menarik pelaburan, Kerajaan Negeri juga turut membantu pihak pelabur dalam proses – proses pelaksanaan pelaburan mereka dan membantu menyelesaikan isu berbangkit menerusi mesyuarat penyelarasan projek yang diadakan setiap bulan.
Dalam menyediakan persekitaran kawasan perindustrian yang kondusif dan selesa kepada pihak pelabur, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan mengadakan mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu menyelesaikan isu – isu yang berbangkit. Mesyuarat ini diadakan secara berkala setiap 3 bulan yang dipengerusikan oleh YDP / Timb. YDP.
- Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan.
Dalam membantu merancakkan pembangunan ekonomi serta perlaksaaan projek oleh pihak swasta, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan cadangan Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan di Selangor Golden Triangle yang akan membantu menyelaras perlaksanaan pembangunan beberapa mega projek oleh pihak swasta yang melibatkan Daerah Sepang dan Kuala Langat.